Sejarah hidup Tyrannosaurus_rex

Jadual menunjukkan unjuran tumbesaran hipothesis (jisim badan vs. usia) bagi empat tyrannosaurid. Tyrannosaurus rex dilukis warna hitam. Berasaskan Erickson et al. 2004.

Pengenalpasti beberapa spesies sebagai Tyrannosaurus rex remaja telah membenarkan pakar sains untuk merekod pertukaran ontogeni dalam spesies, anggaran jangka hayat, dan menentukan berapa cepat haiwan ini membesar. Individual terkecil (Los Angeles County Museum of Natural History - LACM) 28471, "theropod Jordan") dijangka hanya seberat 29.9 kg (66 paun), sementara yang terbesar, seperti ('Field Museum of Natural History - FMNH) PR2081 ("Sue") kemungkinannya seberat lebih 5,400 kg (6 tan pendek). Analisa histologi bagi tulang T. rex menunjukkan LACM 28471 hanya berusia 2 tahun ketika ia mati, sementara "Sue" berusia 28 tahun, pada usia yang hampir maksima bagi spesies ini. [8]


Pengawalansuhu (Thermoregulation)

Tyrannosaurus, sebagaimana kebanyakan dinosaur, telah lama dipercayai sebagai mempunyai metabolisma reptilia ektoterma (ectotherm) ("berdarah sejuk"). Pendapat bahawa dinosaur merupakan ektoterma dicabar oleh ahli sains seperti Robert Bakker dan John Ostrom pada asal tahun "Kebangkitan Dinosaur", bermula akhir 1960-an.[28][29] Tyrannosaurus rex sendiri didakwa sebagai endothermik ("warm-blooded"), mencadangkan gaya hidup aktif.[4] Semenjak itu, beberapa pakar paleontologi telah cuba memastikan keupayaan Tyrannosaurus untuk mengawal suhu badannya. Bukti histologi kadar pertumbuhan pantas bagi T. rex muda, boleh dibandingkan dengan mamalia dan burung, mungkin menyokong hipothesis kadar metabolisma tinggi. Garis pertumbuhan menunjukkan, sebagaimana mamalia dan burung, tumbesaran T. rex kebanyakkannya terhad bagi haiwan tidak matang, dan bukannya pertumbuhan tidak dapat ditentukan sebagaimana vertebra lain.[30]

Nisbah isotop oksigen dalam tulang fosil kadangkala digunakan bagi memastikan suhu di mana tulang tersimpan, kerana nisbah antara isotop tertentu berkait dengan suhu. Dalam satu spesiment, nisbah isotop dalam tulang dari bahagian badan berbeza menunjukkan perbezaan suhu tidak lebih dari 4 hingga 5°C (7 to 9°F) antara vertebra badan berbanding tulang tibia kaki bawah. Perbezaan kecil suhu antara teras badan dan hujung tubuh didakwa oleh pakar paleontologi Reese Barrick dan geokimia William Showers sebagai menunjukkan T. rex mengekalkan suhu badan yang tetap (homeotherm) dan ia memiliki metabolisma antara ectothermic reptiles and endothermic mammals.[31] Sebahagian pakar sains lain menunjukkan bahawa nisbah isotop oksigen dalam fosil hari ini tidak semestinya mewakili rnisbah yang sama di masa lalu, dan mungkin telah berubah semasa atau selepas proses penfosilan(diagenesis).[32] Barrick dan Showers telah mempertahankan hasilan mereka dalam kertas kerja berikutnya, mendapati keputusan yang sama bagi dinosaur theropod lain dari benua lain dan puluhan juta tahun lebih awal (Giganotosaurus).[33] Dinosaur Ornithischia turut menunjukkan bukti homeothermi, dan tidak bagi mengkarung varanid dari pembentukan yang sama.[34] Sungguhpun jika Tyrannosaurus rex menunjukkan bukti homothermi, ia tidak semestinya bererti ia adalah endothermik. Pengawalan suhu sedemikian boleh juga dijelaskan melalui gigantothermi, sebagaimana yang terdapat dalam penyu yang ada kini.[35][36]